Khamis, 8 Mac 2012

PENGUMUMAN SBPA BATAL SSM KEKAL | GAJI KUMPULAN PROFESIONAL DAN PELAKSANA NAIK 13 PERATUS

sbpa terbaru SBPA Terbaru : Pengumuman Datuk Najib di PICC (LIVE). SBPA BATAL!!
Seperti yang dijanjikan hari ini, sedang diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Sekarang ini sedang berlangsung perhimpunan tersebut.
Dan Datuk Najib sedang memberikan ucapannya ketika ini. Ini yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam di seluruh Malaysia sebenarnya. Biasalah untuk permulaan, mukadimah seperti telah disusun elok dan disampaikan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan baik. Dan….kami akan kemaskini apa yang berlaku di PICC daripada masa ke semasa di sini…..
Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :
  • Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
  • Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greece.

SBPA Batal. SSM Ditambahbaik!!

  • Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012
  • Bersambung……

Persoalan Disebalik Pengumuman Gaji Baru Kakitangan Awam Ini?

  1. Pasti yang akan bertanyakan soal tunggakan. Logiknya tunggakan hanya sah apabila SBPA kekal. Sekarang ini SBPA BATAL. Jadi apa maknanya di sini? Apa yang perlu dinantikan sekarang inii, hanyalah kenaikan gaji tahunan dan pelarasan. Kecuali pelarasan ini mahu dilakukan & dilaksanakan bermula Januari 2012. Kalau begitu, mungkin akan ada tunggakan. Mungkin?
  2. Tentang bila mahu dilaksanakan, masih belum diketahui lagi. Masih lagi “tergantung” di situ. Sama-sama kita nantikan….
  3. Lagi?? Ada nak tambah?

Selasa, 6 Mac 2012

PM umum SBPA pada 8 Mac 2012 TERBARU


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak






SEMAKAN SBPA SIAP AWAL APRIL

Berita Harian
Oleh Abdul Halim Yusoff dan Hanneeyzah Bariah Baharin
2012/03/02

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan. Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam. Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.

“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.

Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.

Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.

Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.